Dasar Privasi

Data apa yang odyc kumpul, untuk apa, dan hak anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Dasar ini menerangkan data peribadi yang dikumpul oleh odyc (blog.odyc.xyz), cara ia digunakan, dan hak anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

Kemas kini terakhir: 10 Oktober 2026

Data yang kami kumpul

Bila Data Tujuan
Anda melanggan surat berita Alamat emel, bahasa, kekerapan dan seksyen pilihan Menghantar surat berita yang anda pilih
Anda menghantar berita atau pertanyaan Mesej anda, serta nama, emel dan pautan jika anda isi Membaca dan membalas, dan menyiasat cerita
Anda membaca artikel Kiraan bacaan tanpa nama bagi setiap artikel Menyusun senarai Tular
Anda melawat laman Statistik lawatan tanpa nama melalui Vercel Analytics Memahami halaman mana yang berguna

Kami tidak menjual atau menyewakan data anda kepada sesiapa.

Pihak yang memproses data bagi pihak kami

  • Vercel: pengehosan laman dan statistik lawatan
  • Neon: pangkalan data untuk senarai langganan, kiraan bacaan dan borang
  • Resend: penghantaran emel

Berapa lama kami simpan

  • Data langganan disimpan selagi anda melanggan. Selepas anda berhenti, emel anda ditanda sebagai tidak aktif dan tidak dihantar lagi.
  • Mesej daripada borang disimpan selama perlu untuk tujuan editorial.

Hak anda

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa melalui pautan dalam setiap emel. Anda juga boleh meminta salinan data anda, pembetulan atau pemadaman melalui borang di halaman Hubungi Kami.